Tuesday, December 23, 2014

Diari Seorang Suami

 Kisah diari seorang suami yang menyentuh perasaan...


 30hb, suami dapat gaji RM3,000 terus buat internet banking bayar bil air RM30, bayar duit rumah RM700, bayar duit kereta RM700, bil telefon suami dan isteri RM200, bil elektrik RM170, ansuran moto RM150, dan yuran tuisyen anak RM150..... serta menukarkan RM150 kepada duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak-anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki RM750 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja.... terus disambut dengan isteri satu soalan "hari ini hari gaji abang kan???.... jom  pergi beli barang dapur banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah malam ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah sidambut pulak dengan anak yang bongsu "Ayah cikgu adik cakap hari isnin cikgu nak RM20 untuk beli baju sukan sukan yang baru." Isteri spontan menyampuk "mintak kat ayah... ayah baru dapat gaji.. sambil anak yang sulung pula mencelah.... "ayah kakak pun nak duit RM30 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni" ....Si suami terus mengeluarkan RM50 untuk anak bongsu dan anak sulung....

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami isi minyak kereta RM50 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makanan anak beranak berjumlah RM50.... Setelah itu berlangsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250 untuk barang kering dan RM50 untuk barang basah...

Setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi...

Keesokkannya, pagi Sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi.... suami pun pergilah beli dengan modal RM5 dan surat khabar RM1.50... manakala menjelang petang si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di pasar malam jalan TAR sempena malam minggu.... si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak RM30.

Sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga RM15 mintak dibelikan... suami pun keluarkan duit bayar... kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15 sehelai... isteri pun selamba kata, "bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh.... belikan diorang yang baru ni. Murah je RM15 hingget".... Suami keluarkan lagi RM30 untuk baju tidur anak-anak.


Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama-sama tetapi dalam perjalanan nak pulang anak-anak merengek dahaga dan lapar lalu minta singgah di kedai makan untuk makan malam....
Sang ayah kesiankan dengan rengekan anak, singgahlah di kedai makan tom yam dan makan dengan membayar RM30 lagi.... Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM188.50

Keesokkannya hari Ahad.....isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi.... suami modalkan lagi RM7 dan RM1.50 untuk suratkhabar... tinggallah duit gaji genap RM180...Malamnya pula beri pada isteri RM150 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari Jumaat kelmarin sebanyak RM30 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang samaada sampai atau tidak??? ....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung... suami katakan tidak ada modal lalu isteri menjawab dengan sinis "kalau ajak balik kampung saya jer takde duit....kalau ajak balik kampung saya jer abang kata takde duit... mana pergi duit gaji abang selama ini? takkanlah seminggu gaji dah tak berduit... abang ada pompuan lain ke??" Terpinga-pinga suami nak dijawab jadi perang... nak diceritakan yang sebenar nanti disalahkan balik....

Inilah kisah diari seorang suami, bayangkan kalau macamtu keadaannya. Macamna tiap-tiap bulan nak survive. Kalau dah tahap macamtu memang si suami atau si isteri kena buat sesuatu. Tidak boleh mengharapkan duit gaji semata-mata...

Sharing is caring,
Aida Rashid
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...