Tuesday, July 8, 2014

Puding Karamel

Bulan puasa biasa kat bazar penuh dengan pelbagai juadah berbuka puasa. Kalau tengok tu semua nak beli, normal saat perut tengah lapar. Tapi hari tu aida teringin nak makan puding karamel. Kalau orang pregnant. Cari punya cari adalah satu tempat ni jual puding karamel. Nampak menarik tapi makan lum tentu lagi macamana sedap. Bulan puasa tawakal je la.

Tiba je berbuka puasa, mak aii rasa leh tahan tapi keras. Adush frust jap, esoknya cari lagi tapi still tak jumpa. Last sekali guna Mr. Google la search Puding Karamel.
So jumpa la blog sorang akak ni Azie Kitchen. Yang bestnya resipi akak ni takde pakai gram so memudahkan aida yang takde penimbang nak buat. So aida share la apa resipi daripada kak Azie ni.


Bahan bahan:
 
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur
1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 tin air
Sedikit vanilla extract
8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus
Cara cara:
Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan.

Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati. 

Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 

Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk pyrex sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya.
 
Ok so selamat mencuba. Mana tau ada yang nak try buat petang ni untuk juadah berbuka.
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...