Saturday, March 29, 2014

Manfaat Buah Kiwi Kepada Ibu Hamil

Buah Kiwi merupakan buah yang sama jenis dengan Buah Beri yakni dengan kelompok Kultivar, yang mana merupakan kayu pohon anggur Actinidia deliciosa dan hibrida.

Buah ini berasal dari Cina di daerah Shaanxi. Biasanya buah ini yang berbentuk Oval seperti Telur ayam, tentu yang biasa tengok akan kenal rupanya kerana keunikanya, buah ini juga memiliki banyak serat yang berguna untuk Tubuh.

Kulit Buah Kiwi berwarna Hijau kecoklat-coklatan sementara itu isi di dalamnya berwarna hijau cerah dan berwarna bijinya kehitaman di dalamnya yang dapat di makan.


Antara manfaat buah kiwi kepada ibu hamil adalah :

1. Buah Kiwi Menjaga kesihatan saraf janin yang dikandung
Buah kiwi merupakan makanan kaya gizi bagi seorang ibu yang sedang hamil kerana kandungan asid folik yang tinggi. Manfaat makan buah kiwi disaat hamil adalah menghindari bayi lahir dalam keadaan cacat saraf, iaitu perkembangan otak dan saraf yang tidak sempurna sebanyak 70%.

Beberapa kecacatan saraf yang sering terjadi sewaktu bayi dilahirkan adalah spina bifida, penutup saraf tunjang dan kolum spina tidak lengkap. Khasiat buah kiwi untuk ibu hamil dapat memperkecil risiko terjadinya cacat saraf seperti di atas.

2. Buah Kiwi Mencegah munculnya penyakit katarak
Kandungan senyawa lutein dalam buah kiwi bermanfaat untuk ibu hamil kerana dapat mencegah terjadinya katarak. Masalah kesihatan mata umum terjadi pada ibu yang sedang mengandung. Memakan buah-buahan yang kaya nutrisi serta gizi merupakan penyelesaian terbaik dan paling bagus untuk tetap sihat semasa kehamilan.

3. Buah Kiwi Menjaga berat badan tetap ideal
Satu lagi manfaat buah kiwi untuk ibu hamil iaitu menjaga berat tubuh tetap seimbang agar tidak mengalami obesiti. Kandungan serat terlarut pada kiwi sangat baik untuk kesihatan pencernaan dan mencegah perut kembung semasa hamil.

4. Buah Kiwi Mengurang risiko stroke pada kehamilan.
Dari penelitian yang dilakukan oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC) stroke pada wanita hamil mengalami peningkatan dari tahun ke tahun. Penyakit ini banyak dialami oleh ibu yang hamil dengan obesiti, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Manfaat buah kiwi untuk kesihatan ibu hamil iaitu dapat mencegah terjadinya pembuluh darah tersumbat dengan bantuan zat antioksidan dan kesannya, stroke dan serangan jantung dapat dielakkan.


Diharap agar ilmu tadi dapat membantu sedikit sebanyak wanita hamil di luar sana.

Love,
Aida Rashid
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...