Tuesday, February 18, 2014

Tips Banyakkan Susu Ibu

Kebanyakan wanita yang bergelar ibu mesti inginkan untuk menyusukan anak mereka sebaik sahaja anak itu dilahirkan. 
Ada wanita sebaik je anak lahir mempunyai susu badan dan ada juga sesetengahnya susu badan takde.
Aida akan share beberapa tips baik secara psikologi ataupun petua-petua orang lama bagaimana untuk banyakkan susu badan berdasarkan pembacaan aida.

 
Antara petua untuk menambahkan susu badan :

 Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
 
Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
 
Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
 
Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis  dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
 
Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
 
Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
 
Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
 
Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari. 


Selain daripada itu juga, ada tips lain untuk menambahkan susu badan iaitu : 

1. Pasang niat mahu menyusukan anak hingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana nak penuhi syariat Islam. Bukan sebab sayangkan anak. Ibu yang bagi susu formula juga sayangkan anak mereka. 

2. Letak target jangka masa panjang (2 tahun). 

3. Buat juga target 6 bulan (sepanjang 2 tahun). Bagi memotivasikan diri ibu. 

4. Belajar, belajar, belajar. Pergi kelas asas penyusuan atau kelas 'internet'. Ajak suami belajar sekali.

5. Cari kawan-kawan seangkatan. Join kumpulan sokongan. 

6. Dapatkan alat kelengkapan mengepam susu. 

7. Rooming-in dengan bayi lepas melahirkan. 

8. Susukan bayi sejurus selepas bayi lahir. (Jangan expect susu memancut waktu nie, masa nie yang ada hanya kolostrum. Dan bayi tak perlu sangat susu ibu, yang dia perlu dakapan hangat ibu ke dada. Nak lagi best biarkan bayi membuat 'breast crawl'). 

9. Susukan bayi sekerap mungkin. Tak perlu tunggu 2 jam sekali. Susukan saja bila bayi nak. (Jika bayi jenis yang gemar tidur. Kejutkan bayi untuk menyusu. Jangan pula ibu bantai tido sekali). 

10. Makan makanan yang berkhasiat. Piramid makanan yang lengkap.  

11. Minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter. Barulah berkesan rahsia cara banyakkan susu ibu nie. 

12. Bila dan mula berkerja. Buat jadual mengepam (3 jam sekali). Jangan buat je, pastu ke laut. Cuba berdisiplin ikut jadual. 

13. Elakkan stress di tempat kerja. 

14. Cari perkara yang menyeronokkan waktu mengepam. Tengok video atau gambar anak. Baca buku. Atau bacalah Al-Quran atau berzikir. 

15. Jangan harap tidur nyenyak 8 jam di waktu malam. Ibu perlu bangun sekali waktu ini. Waktu ini hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. Tak perlu lama, 15 minit pun cukup. (Psst jangan bagi alasan, anak saya memang menyusu sepanjang malam. Tapi tahukah ibu bahawa masih banyak lebihan susu yang si manja tak hisap. Jika tak dipam, makanya tiadalah signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu. Bila tak cukup tidur badan penat that's why ramai my client tidur ngan BVSM cause walaupun bangun tidur bangun tidur tapi kualiti tidur berbeza apabila tidur ngan BVSM. 
 
16. Tak usah bandingkan susu ibu lain yang sekali pam 30oz. Bersyukur, jika susu yang ada tak disyukuri malah dirunguti, macam mana Allah mahu hadirkan lebih banyak susu. Jadi bersyukur. 

17. Berdoa Allah berikan rezeki susu yang banyak dan cukup. Jangan pula takbur, 'aku hebat boleh produce susu banyak sampai 2 deep freezer penuh'. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibu kan rezeki dari Allah.

Di samping itu juga, anda yang memiliki Premium Beautiful (PB) pun sangat bertuah kerana PB juga membantu penghasilan susu badan yang banyak kerana PB melancarkan peredaran darah then bila darah lancar tu menyebabkan susu mudah untuk dihasilkan.

Selamat menyusukan bayi anda semoga dengan tips yang diberikan membantu anda menghasilkan susu yang banyak.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...