Wednesday, March 13, 2013

Tips Kelihatan cantik dan Awet Muda


Ada ke wanita yang tak suka cantik? 
Ada ke wanita yang tak suka muda dari usia means awet muda la.
Kalau aida sendiri tiap kali orang tegur then bila bagitau umur mesti cakap oh aida i ingat u umur 25 tahun, ohhh my.......kembang kejap ok. Biasa la aida rasa semua wanita suka kena puji terutama bab kecantikan dan kelihatan muda ni. Memang la kat pasaran pelbagai produk ada jual but as wanita korang kena pandai pilih la tak boleh main hentam kromo je pakai ye. Nanti tak pasal-pasal muka dah elok jadi K.O plak kan.

Macam aida sendiri once aida try then dapat result yang bagus aida akan share la ngan korang semua. So far membantu but dalam masa yang sama kita jugak boleh amalkan beberapa tips untuk kelihatan cantik dan awet muda. Jom aida share sikit apa yang aida baca ye.

Antara tips untuk kelihatan cantik dan awet muda adalah :

1. Minum air suam sebaik bangun dari tidur 
Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.  Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.   
Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.


2.  Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari. 
Note: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pulak.


3. Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi. Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

  
4. Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.


5. Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. 
Doanya begini:
“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”


6. Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita. 


So tu la antara tips yang boleh diamalkan selain daripada pakai Vitalift Serum, Sabun Marine Essense & minum BB Plus Collagen.

 Sabun Marine Essense aka Sabun Ketiak


 Vitalift Serum

 BB Plus Collagen


Selamat beramal.....

Xoxo,
Aida Rashid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...