Thursday, January 10, 2013

Kenali Bentuk Badan Anda

Kalau ikutkan kita ni mempunyai pelbagai jenis bentuk badan sama ada epal, pear, hourglass ataupun pisang. So macamna nak tau bentuk badan kita ni kategori mana?


Aida share info dengan anda semua untuk kita sama-sama kenali bentuk badan kita dan maksud disebaliknya.

1. Bentuk Epal


Bentuk Anda 
Berat epal terkumpul di bahagian pinggang. Fenomena ini adalah bahaya!! Punggung kecil dan kaki langsing. Bentuk epal ni tidak seimbang.
 
 
Maksudnya 
Keseimbangan antara hormon seksual termasuklah testosteron dan estrogen dan hormon tekanan misalnya serotonin dan 'dopamine' mungkin boleh menjadi penyebab berkumpulnya lemak di sekitar pinggang anda. Bentuk tubuh anda mungkin menjadi sebegini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan, pengambilan makanan yang salah dan terlalu sedikit aktiviti.

Isu Kesihatan 
Apabila anda mengalami kenaikan berat badan, lazimnya ia tertumpu pada bahagian merbahaya. Lebihan lemak ini dipanggil 'visceral' dan terbina di bawah kulit. Jika tidak dikawal, ia mampu meningkatkan kolesterol dan masalah insulin. Jangan lupa melakukan ujian kolesterol dalam darah anda, gula darah dan juga tekanan darah. Tindakan ini dapat mengelakkan anda dari risiko penyakit jantung, diabetis tahap 2 dan angin ahmar.
 
2. Bentuk Pear 
 
 
 Bentuk anda
 Bahagian dada anda lazimnya kecil. Pinggang anda juga ramping. Badan anda boleh dikatakan seperti ikan duyung. Anda mempunyai pinggang, punggung dan paha yang besar.


Maksudnya 
Berita baiknya lemak yang ada pada bahagian punggung dan paha anda tidak akan meningkatkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan juga diabetes. Jadi jangan risau dengan saiz punggung yang lebar.
 
Kesihatan 
Dengan lebihan lemak pada bahagian bawah tubuh anda, bentuk pear mudah berisiko mempunyai masalah pengedaran darah misalnya 'vericose vein' dan juga lebihan air pada buku lali dan kaki. Bahkan anda juga mempunyai tahap estrogen yang tinggi yang mana mampu meningkatakan risiko barah payudara. Anda dinasihatkan mengamalkan memeriksa payudara sendiri setiap bulan.

3. Bentuk Pisang


Bentuk anda
 Kalau bentuk pisang, ukuran bahu & pinggulnya sama. 
Tahu ke mana pinggul?
Ukuran pinggang pula nak sama dengan bahu & pinggul. Badan lurus je, macam pembaris tanpa berlekuk..
Memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang dan bentuk badan seperti lelaki (lurus sahaja). Biasanya bentuk badan seperti buah pisang ini dicemburui teman-teman.
Aida memang bentuk pisang, memang ramai yang jelous tapi tak cantik maaa......kurus sangat takde cutting badan. Nak cari baju susah jugak especially seluar. Nasib sekarang aida pakai Premium Beautiful boleh membantu membentuk my body. YES I LIKE IT....
 

Maksudnya 
Berita baiknya ialah risiko untuk anda mendapat penyakit jantung, diabetes, dan kanser payudara sangat rendah. 
Tetapi jika anda tidak 'fit' dan mempunyai lemak tubuh berbanding otot, anda tetap berisiko.
 
Kesihatan
Oleh sebab bentuk badan anda seperti pisang ini lebih cenderung seperti lelaki, anda mungkin mempunyai tahap estrogen yang rendah. Tidak mustahil ini akan menganggu ovulasi dan kesuburan anda. Oleh itu, rancangkan plan keluarga anda mencecah usia 30. Rangka tubuh yang kecil dan BMI yang rendah meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis. Silalah bersenam mulai sekarang dan banyakkan pengambilan kalsium. 
Memang kalau kurus ni paling kritikal adalah bongkok majoriti yang kurus & tinggi like banana ni memang akan mengalami masalah tu. That's why i choose Premium Beautiful di samping boleh membentuk badan ia jugak bagus untuk kesihatan terutama my tulang belakang.

4. Hourglass


 Bentuk anda 
Bentuk anda di tengah-tengah antara epal dan pir. Anda tidak kurus dan juga tidak gemuk. Anda mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar. Jika anda cergas, lengan dan paha anda akan kelihatan beroto dan kuat. Ukuran bahu & pinggul seimbang, pinggangnya kecil je. Macam kerengge.. Bentuk macam ni le yang sangat menarik dan menjadi idaman setiap wanita....

 
Maksudnya 
Anda berisiko mendapat tiroid. Ini kerana anda mudah mengalami peningkatan berat badan tetapi agak sukar menurunkannya. Orang yang mempunyai berat badan ini mudah diserang tekanan dan sukar tidur.

Kesihatan 
Anda mudah merasa penat dan ini sering menyukarkan anda untuk bersenam dan melakukan aktiviti cergas. Untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, selalulah lakukan aktiviti yang menenangkan minda. Kerana setiap kali anda tertekan, hati anda akan membebaskan lemak ke dalam salur darah anda. Cubalah untuk sentiasa hidup riang.
 
So apa pun jenis bentuk badan anda yang penting jaga kesihatan anda.
 
Sumber : Majalah Rapi
 
Xoxo,
AidaRashid
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...