Wednesday, January 9, 2013

6 Amalan Rasulullah di Waktu Pagi

Kalau sebelum ni aida pernah share dengan korang tentang 12 Makanan Kegemaran Rasulullah today aida nak kongsi sikit tentang antara 6 amalan Rasulullah setiap pagi. Kebetulan aida baca so daripada aida sorang je yang tahu better aida share sekali ngan korang semua, sekurang-kurangkan kita boleh sama-sama amalkan.

Seperti yang kita tahu kadang-kadang mood seseorang depends macamana pagi yang diorang alami. Ini kerana awal pagi merupakan waktu paling penting untuk tentukan perjalanan kita seharian. Jika mood pagi kita ceria dan gembira bermakna hari yang kita lalui akan indah untuk kita dan juga orang lain. Kalau sebaliknya iaitu pagi-pagi dah stress then marah-marah tentu akan spoil kerja kita dan kualiti kerja pun tak bagus.

Sebab tu kalau kat ofis nak jumpa bos mesti tanya mood bos pagi ni ok ke? kadang-kadang kita tak perasaan kan why kita tanya mood pagi tadi sedangkan kita jumpa tengahari.

So apa kata kita cuba amalkan apa yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
Antara amalan Rasulullah di waktu pagi adalah :

 1. Bangunlah awal pagi 

setelah terbangun dari tidur ucaplah syukur kepada Allah kerana telah diberikan nikmat kehidupan sehari lagi kepada kita.

2. Bersegeralah menyucikan diri

ambil wuduk dan tunaikan solat tahajjud.  
 
Firman Allah dalam surah al-Isra’, ayat 79:
Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah “solat Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji
 
3. Banyakkanlah berdoa pada waktu awal pagi kerana ia antara waktu mustajab untuk berdoa

 Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Rasulullah s.a.w. ditanya oleh seseorang: “Apakah doa yang lebih didengar (lebih makbul dan mustajab)?” Baginda bersabda: “Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat-solat fardu.” (Riwayat al-Tirmizi)
  
4. Lakukanlah solat subuh berjemaah

 Daripada Jundab bin Abdillah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Barangsiapa yang solat subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah.” (riwayat Imam Muslim dalam kitab sahihnya). Daripada Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

5. Amalkan membaca Al-Mathurat selepas subuh

Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Mathurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

 6. Amalkan solat sunat Dhuha 

 Daripada Ibn Umar r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Firman Allah dalam hadis kudsi maksudnya: “Hai anak adam, solatlah kerana-Ku dua rakaat Dhuha pada awal hari nescaya Aku jamin hingga akhir hari tersebut.” (diriwayatkan oleh al-Tabrani dalam al-Kabir)

Insyaallah after dah baca ni boleh la kita amalkan walaupun bukan semua sekurang-kurangnya ada satu yang kita amalkan setiap pagi.
 
 Amalan yang berterusan akan membentuk tabiat, insyaallah tabiat yang baik ini akan menjadi amalan sehingga akhir hayat kita. Tahun Baru try buat mana yang mampu. Azam tahun baru dari segi duniawi memang kita ada tapi kaji balik kita punya amalan untuk akhirat. Apa-apa pun perlu seimbang.

Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah Taala ialah sesiapa yang melakukan amalan itu secara berterusan sekalipun sedikit.” (Riwayat Muslim). Wallahua’lam.

Sharing is caring.

Xoxo,
AidaRashid
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...