Saturday, January 5, 2013

12 Makanan Kegemaran Rasulullah

Kebanyakan masyarakat sekarang banyak terdedah kepada pelbagai penyakit, kalau kita tengok masyarakat zaman dulu takde penyakit yang pelik-pelik macam zaman kita sekarang. Mungkin sekarang akhir zaman tu pelbagai penyakit yang timbul, tapi kita yang perlu mencorakkan cara pemakanan kita. Masyarakat sekarang kalau tanya apa makanan kegemaran especially kanak-kanak mesti suka fast food like Mc Donald, Pizza, KFC dan lain-lain. 
Tambah plak mana ada makanan yang fresh sekarang. Kalau tengok sayur or buah yang fresh tu sekadar luaran cause telah terdedah dengan bahan kimia dari racun serangga. Makanan yang masak plak macam-macam perasa tambahan kita masukkan. So apa kita lihat apa makanan kegemaran Rasulullah dulu, kita boleh jadikan amalan kita sekarang.

1. BARLI
Bagus minum ketika demam di mana dihidangkan dalam bentuk sup kerana ia boleh menyejukkan badan.
 
 2. KURMA
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.
 
 3. BUAH TIN
Ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.
 
 4. ANGGUR
 Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan mencuci usus.
 
 5. MADU
Dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.
 
 6. SEMUA JENIS TEMBIKAI
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".
 
 7. SUSU
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.
 
 8. CENDAWAN
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata, ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.
 
 9. MINYAK ZAITUN
Rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan dan merawat radang perut.
 
 10. DELIMA
Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.
 
 11. CUKA
Makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)
 
 12. AIR
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru".
 
Sharing is caring
 
Xoxo,
AidaRashid
 
 
 

 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...