Monday, December 17, 2012

Silk Shawl at Pasar Seni

Semalam teman my friend cari souviner for her cousin dari Singapore. So tempat yang paling sesuai nak cari adalah Central Market CM or lebih dikenali sebagai Pasar Seni. Memang lama aida tak jejak kaki ke Pasar Seni, last aida pergi time study dulu means dah lebih 5 tahun. Kebetulan pergi semalam ada pesta penjaja, a lots of food ade kat sana.

Memang dah lain sangat Pasar Seni sekarang, lebih tersusun dan pelbagai barangan kraf yang jual di sana. Misi pertama kitaorang adalah cari shawl and kain batik. Wow rambang mata sekejap tengok pelbagai jenis shawl ada. Biasa la aida ni jenis giler skit tengok shawl banyak-banyak ni. 
Cari punya cari jumpa la satu kedai ni jual shawl sutera, sangat cantik & terus jatuh cinta jap bila tengok warna-warna shawl tu. 

Ada yang lembut & ada yang keras. Jurujual tu bagitau nanti once dah basuh memang lembut. Ni ada yang dah basuh ada yang belum basuh. (Dalam hati boleh plak ek macamtu), apa-apa je la sebab hati dah berkenan. Tapi yang peliknya, jurujual tu cakap silk ni tak boleh sebarangan basuh. You basuh campur ngan cuka sikit just basuh dengan tangan. What? CUKA???
Pastu boleh plak tanya, cuka yang masak tu ek? Macam pelik je, tak pernah dengar la plak. Selama ni basuh takde letak cuka pun. Betul amoiii, letak cuka or just basuh guna shampoo baru kualiti sutera terjaga. Oh macamtu ye, ok i'm try nanti.

Akhirnya aida grab 5 silk shawl, sedangkan my friend satu je. Hahahaha, dahsyat betul la aida ni selalu macamtu. Tiap kali teman member aida yang lebih beli.

 Hasil rembatan silk shawl di Pasar Seni

So aida suggest kat korang yang mencari souviner for someone yang datang ke Malaysia better jengah ke Pasar Seni, memang pelik-pelik and menarik sangat barangan kat sana. Hahaha sorry aida tak snap pun pic kat dalam gara-gara excited pilih silk shawl.

Xoxo,
Aidarashid



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...