Thursday, December 6, 2012

Durian Oh Durian

Sebut je durian mesti masing-masing wah bestnya, aida dulu pun macamtu excited sangat tiap kali my father bawak balik kat rumah. Memang berebut-rebut la nak makan kecuali my mum yang memang tak makan durian. Rugi tul la mak ni tak makan durian. Hahaha but now i follow my mum. Tak tau la sejak bila aida ni tak makan durian. Maybe jemu dah kot but bau still boleh cause biasa gak ikut my friend makan durian buffet kat SS2, Petaling Jaya. Nafsu nak makan so far memang langsung takde, tengok orang makan best macamna pun still tak menimbulkan minat.

Baru-baru ni ada kursus kat Penang, diorang siap ajak makan durian. As usual aida just teman je la my friend just ambik gambar je la. Walaupun tak makan tapi tengok orang lain kusyuk menjamu selera dah cukup.

 Ready nak makan durian, macam aku makan je. Hahaha yang penting posing okeh!!!

Posing je lebih...jangan jelous penggemar durian.

 Amboi sukanya dia dapat makan durian.

Habiskan ye makan durian tu.

Macam kuat je pakai tangan.

Menjilat jari masing-masing makan durian.

Amboi tak cukup lagi tu makan.

Biasa la kalau makan durian banyak-banyak ni badan akan panas so petua yang selalu aida amalkan dulu after makan durian pastikan minum air dalam kelongsong durian tu. Ni untuk elakkan badan dari panas. Just share ngan korang, kalau yang gemar sangat makan durian tu better amalkan petua ni. Memang berkesan.

XoXo
Aida Rashid



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...