Sunday, December 16, 2012

Bahaya Kolestrol Tinggi

Pada mulanya Aida ingatkan kolestrol tinggi ni orang yang badan berisi je mengalaminya, rupanya orang kurus like aida pun lagi mudah nak kena. Mana taknya makan macam-macam mentang-mentanglah badan tak naik. Tak sangka rupanya kolestrol tinggi ni bahaya sebab ia bersangkut dengan jantung. Fuhh berdebar sekejap dengar. Mana taknya jantung tu bukan buah pinggang or perut. Pembunuh secara tiba-tiba adalah jantung. Disebabkan aida sendiri mengalami kolestrol tinggi aida nak share ngan korang semua tentang kolestrol ni. Selamat membaca.


Apa itu kolestrol?
Kolesterol, salah satu bahan yang menjadi punca utama kepada masalah peyakit jantung. Apabila kandungannya tinggi di dalam darah, ia berpotensi melekat pada dinding salur darah. Ini akan membuatkan salur darah mengecil dan akhirnya boleh tersumbat. Proses ini dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya berlaku pada arteri yang ke jantung, kesannya adalah penyakit jantung.

Apabila berlaku di otak, kesannya adalah strok. Selain dari jantung, kolesterol juga dikaitkan dengan masalah pendengaran, pengelihatan dan juga kecerdasan minda seseorang. Semua ini berkaitan dengan atherosclerosis. Gangguan yang menyebabkan penyediaan nutrient dan oksigen yang tidak mencukupi untuk organ-organ tersebut.

Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Hadir pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex. Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi. Cuma tak boleh pada jumlah yang terlalu banyak. Menjadi lumrah, setiap unsur pada makanan perlu ada had pengambilannya.

Di dalam badan manusia sendiri, kolesterol dihasilkan oleh hati di antara 800 hingga 1000 mg sehari. Pengambilan dari makanan dikatakan sangat kecil pengaruhnya terhadap peningkatan kepekatan kolesterol badan. Namun, mengikut apa yang disarankan oleh pakar kesihatan Amerika, pengambilan harian perlu dihadkan kepada 300 mg sahaja.
 
Jenis-jenis kolestrol 
 Terdapat 3 jenis kolestrol iaitu :
1)LDL (Low Density Lipoprotein)
LDL juga dikenali sebagai kolesterol jahat yang boleh menyumbat pembuluh darah.

2)HDL (High Density Lipoprotein)
HDL adalah kolesterol baik yang membantu membersihkan kolesterol LDL dalam darah sehingga mengurangi risiko terkena penyakit jantung, strok, atau serangan jantung.

3)VLDL (Triglicerid)
VLDL(Very Low Density Lipoprotein) adalah sejenis lemak yang ada di dalam darah. VLDL ini sama dengan LDL kerana majoritinya terdiri daripada lemak bukan protein. Namun, anda perlu berhati-hati kerana kadar VLDL yang tinggi bersama dengan kadar LDL yang tinggi akan meningkatkan risiko terkena serangan jantung. 
 
Antara tanda-tanda kolestrol tinggi
 
# Badan cepat penat & sering mengantuk 
 
# pada kelopak mata timbul biji-biji putih macam lebihan daging (tompok putih)
 
 
Kenapa nak risau kolestrol tinggi 
Kolesterol ni adalah bahan utama penyebab salur darah tersumbat( atherosclerosis ). Macam longkang rumah kita, kalau longkang tu licin dan tidak ada sampah, airnya lancar saja meluncur pergi membawa kotoran. Tetapi apabila ada bahagian longkng yang pecah atau sumbing, maka sampah mudah tersekat. Mulanya lidi kecil saja lekat, lepas tu akan terkumpulnya sampah yang lain, plastik, sisa makanan dan akhirnya kalau tak buang akan tersekat seluruh longkang. Mulalah nyamuk membiak dan jadi penyakit.

Serupa juga dengan kolesterol. Kolesterol tinggi, kencing manis dan darah tinggi adalah sahabat karib, The three Stooges.  Kencing manis dan darah tinggi adalah penyebab utama cedera salur darah semacam longkang pecah dan sumbing. Apabila salur darah cedera, kolesterol jahat akan berkumpul di tempat cedera dan membentuk plag. Makin lama dibiarkan makin besar plag dan salur darah makin tersumbat dan akhirnya darah tersekat. Kalau darah tersekat di jantung maka jadi serangan jantung. Kalau darah tersekat di otak jadi strok. Kalau darah tersekat di kaki maka jadi kaki gangrene.
 
 
Sebab tu la kita tidak boleh pandang rendah ataupun remeh tentang kesihatan kita. Dengar macam tak serius tapi bila baca betul-betul subhanallah takut plak. Sebab tu aida sendiri sekarang ambil Celgynic dan Garam Buluh sebagai salah satu alternatif rawatan untuk kurangkan kolestrol. 

Sharing is caring

XoXo
AidaRashid.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...