Monday, September 17, 2012

Tip Elakkan Bilik Berbau Busuk

 
Bilik yang berbau busuk pastinya membuatkan kita berasa tidak selesa dan pastinya akan mengganggu tidur kita. Maklum la kadang-kadang kita penat bekerja nak la masuk bilik tenang je dan wangi je kalau busuk lagi la tension dibuatnyakan? Terutama kalau ada sanak saudara datang nak menumpang bermalam aduiii masak tu. So jom kita ikuti tip-tip untuk mengelakkan bilik korang daripada berbau busuk. Ada cara mudah untuk mengharumkan bilik tidur daripada berbau tanpa perlu membeli minyak wangi yang mahal.
 
 
1. Belah beberapa biji buah limau kasturi dan letakkan di setiap sudut di dalam bilik. Haruman limau kasturi akan menyegarkan suasana bilik korang.
 
2. Sediakan pelbagai bunga termasuk daun pandan. Potong kecil semuanya dan dijadikan seperti bunga rampai. Letakkan di sekeliling bilik. Hasilnya bilik akan berbau harum dan segar dengan kehadiran pelbagai jenis bunga.
 
3. Bagi korang yang tinggal di kampung pastinya di sekitar rumah korang terdapat daun pandan yang tumbuh segar. Jadi manfaatkan ia sebagai elemen haruman bilik tidur. Potong daun pandan kecil-kecil dan letakkan di dalam mangkuk atau bungkus dengan kain jarang. Kemudian, letakkan pada sudut bilik atau gantungkan pada kipas ataupun penghawa dingin. Pasti bilik korang akan berbau segar.
 
INFO
- Jangan makan atau bawa makanan masuk ke dalam bilik tidur
- Selalulah cuci cadar, selimut dan sebagainya.
- Hiaslah bilik tidur dengan bunga-bungaan segar agar haruman bilik korang juga segar
- Kemas dan sapu bilik setiap hari
- Buka tingkap setiap pagi
 
Kredit to Majalah Dara
 
Love
AidaRashid
013-9500953


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...