Tuesday, September 18, 2012

Tanggungjawab Terhadap Rakan Kongsi

 
Tanggungjawab terhadap rakan kongsi adalah salah satu perkara yang diterapkan dalam bisnes ni. Ilmu tentang perkara ni pun diajar, sampai macamtu sekali Kak Siti Rohana dan Abang Lan nak kita berjaya. Tapi naper still ade kita dengar yang tidak berjaya???
 
Berjaya atau tidak seseorang itu terletak pada diri sendiri bukannya orang lain sebab 99% adalah dari diri sendiri dan 1% daripada orang yang guide kita. Bisnes kita, kita merupakan CEO dalam company kita sendiri. So kita yang mencorakkan bisnes kita macamna tapi dengan tunjuk ajar orang yang dah berjaya. Kita just follow tu. Mudah je kan.
 
Ramai yang suka lihat barangan yang dimiliki oleh orang-orang yang kaya ni, tapi pernah tak kita terpikir macamana la diorang boleh dapat semua tu. Kalau yang memang dah asal kaya takde masalah or suami memang kaya. Ni yang asalnya suri rumah biasa, cikgu biasa yang mana asalnya tidak memiliki apa-apa harta pun but now menjadi jutawan yang tak terkata hebatnya.
Satu je kita kena ingat, kita tak perlu nak berbangga dengan harta yang mereka ada tapi kita perlu berbangga cara macamana diorang dapatkan harta tersebut.
 
Tanggungjawab adalah perkara yang amat penting di dalam bisnes ni kerana tanpa rasa tanggungjawab bisnes kita ni takkan ke mana-mana. Perlu ada rasa tanggungjawab bukan hanya pada rakan kongsi tapi pada diri sendiri dulu.
 
Perlu tanam niat once dah masuk bisnes, jadikan dia betul-betul seperti yang dia nak. Selagi dia pegang kita, kita jangan lepaskan dan jangan sesekali kita lepaskan dia terumbang ambing. Ingat rakan kongsi kita adalah tanggungjawab kita. Konsep sebelah tangan pegang bonus, sebelah tangan pegang tanggungjawab.
 
Selepas dah dapat rakan kongsi pegang betul-betul. Bila dah dapat hargai rakan kongsi kita, tu la rahsia rezeki kita senang dapat. Tapi ramai yang salah anggap dengan bisnes Networking sebab orang luar anggap orang atas ambik untung je sedangkan orang bawah susah payah buat kerja. Memang salah sangat tanggapan tu. Dalam bisnes Networking yang sedang aida buat ni, tiada istilah orang bawah kita sama je nak tak mustahil kalau rakan kongsi kita pangkat melebihi kita sebab bisnes ni bergantung pada usaha masing-masing. Siapa yang kerja kuat dia yang dapat hasilnya.
 
Rakan kongsi nak impian jadi kenyataan so dia berhak memilih. Tapi jangan kita biarkan rakan kongsi hilang punca. Tak kira apa pangkat sekalipun janji pegang rasa tanggungjawab. Bila rakan kongsi dalam masalah atau menghadapi dugaan pegang dia betul-betul, jangan biar dia terumbang-ambing.
 
Dalam bisnes ni pun ade pantang larang ye. Pantang larangnya jangan mempergunakan rakan kongsi untuk kepentingan diri sendiri dari segi masa, tenaga dan wang.
 
Setiap usahawan dalam my group diterapkan supaya pegang tanggungjawab masing-masing.
 
 
Love
AidaRashid
013-9500953



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...