Tuesday, July 24, 2012

~ Puasa Oh Puasa ~

Puasa….puasa….puasa, sebut je masuk bulan puasa dah tau mesti banyak giler bazaar yang bukak. Mana taknya bulan puasa la rezeki banyak sangat masuk, tu masing-masing tak lepaskan peluang. Tapi sayang ade jugak yang ambik kesempatan di bulan yang mulia ni. Dari 1st day puasa sampai la sekarang ade la 2 kali pergy tapi makanan tak seperti yang kita nak. Macam baru ni aida beli popia sebab teringin nak makan popia yang inti taugeh ngan carrot, beli la bila bukak puasa makan-makan rasa masam plak. Aduiii macam ni ke diorang berniaga nak dapat untung semata-mata, tak menjaga nikmat bulan puasa. Korang pun kalau nak membeli di bulan puasa berhati-hati skit mana tau lauk or kuih semalam jual balik, yang jadi mangsa kita semua la. Kalau ikutkan nak masak tapi kadang-kadang kekangan masa & air kat rumah yang problem, kejap ade air kejap takde. Sabor je la. 

Bulan puasa jugak orang memang ambik kesempatan jual dengan harga yang tak logic, macam semalam aida beli boleh ulam setakat satu tangkai ulam raja ngan beberapa bijik petai kira RM1 ngan budu RM1, memang dahsyat la diorang ni kan. Kita as pengguna memang takde masalah nak bayar sebab teringin nak makan tapi kalau tengok balik orang yang tak mampu macamna? Bayangkan kalau RM10 aper je yang diorang boleh makan zaman sekarang ni. Setakat budu yang sikit pun berkira. Tu cakap dunia sekarang ni masing-masing semua gilakan duit, bukan salah diorang jugak sebab memang zaman sekarang yang berkehendak macamtu. Tu sekarang, kalau 2,3 tahun akan datang??? Subhanallah tak tau nak describe la kan. 

Mula-mula puasa memang selera besar sangat, aida beli Siakap Stim Halia ngan Kangkung goreng belacan, ikutkan 2 lauk je pun. Tapi bukak puasa bukan makan banyak pun sekadar kenyang seketika, pastu tak habis. Konon nak makan masa sahur tapi sebab ikan tu besar tak habis gak. Lupa masuk peti ais akhirnya basi macamtu je. Kan dah membazir……….
Belajar dari hari pertama, hari kedua aida just beli ayam goreng cendawan. Just satu lauk but boleh makan sampai sahur, Alhamdulillah takde la membazir sangat. So far setakat 4 hari puasa dah boring nak beli luar, hari ni macam nak masak je. Teringin plak makan sambal bilis kentang, rasanya macamtu dah cukup menyelerakan. Tak tau la nafsu nak makan banyak tu takde sangat, cukup sekali kenyang. Okes korang pasni kita citer-citer lagi tentang bulan puasa ni. Cauuuu cin cauuu……..

Love,
Aidarashid
013-9500953

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...