Tuesday, June 19, 2012

~Tips Mulakan Bisnes ~

Jangan ingat kalau hendak berbisnes u olls boleh mulakan atau lakukan macam tu saja. Bagi memulakan sesuatu bisnes apa yang paling penting adalah ilmu pengetahuan dalam bidang yang berkaitan. Bila sudah ada pengetahuan barulah bisnes yang u olls ingin jalankan ada potensi untuk berjaya. Selain itu juga ada beberapa tip-tip yang aida nak share ngan u olls :
Berani untuk memulakan
Jangan takut untuk memulakan langkah dalam bisnes. Jika u olls sudah berani berniaga secara kecil-kecilan, mengapa tidak u olls berniaga secara serius. Orang yang berjaya selalunya orang yang berani. Ape yang u olls takutkan sebenarnya. Kalau tak cuba mana u olls nak tau hasilnya. Right???

Berani keluarkan modal
Semua tahu bisnes adalah satu kerjaya yang mampu memberikan kemewahan, kekayaan harta yang berganda. 9/10 rezeki adalah daripada berniaga. Tetapi ramaikah yang berjaya dalam bidang perniagaan?  
Kejayaan tidak terjadi jika mereka takut untuk keluarkan modal. Oleh itu jangan takut untuk keluarkan modal yang besar untuk perniagaan kerana jika u olls bersungguh-sungguh selain mempunyai ilmu dalam perniagaan serta strategi yang betul, u olls pasti akan berjaya. Ramai orang berani buat pinjaman tapi habiskan macamtu je, beza orang Melayu ngan Orang Cina adalah orang Melayu buat pinjaman untuk bayar hutang dan tambah hutang tapi orang Cina buat pinjaman untuk memulakan perniagaan. Kenapa perlu tambahkan hutang? Sebab tu zaman sekarang kita perlu ade side income....why? Mesti la nak bayar hutang kan. Takkan tak sampai hujung bulan gaji pun dah nak habis. Mana nak korek lagi? takkan asyik nak ambik duit simpanan. Lama-lama duit simpanan habis macamtu je.....
 
Rajin berusaha
Tiada orang yang malas beroleh hasil. Oleh itu untuk berjaya u olls perlu rajin berusaha. Dalam perniagaan sudah tentu u olls tidak mahu menanggung rugi selepas banyak melaburkan wang. Tapi dalam bisnes ni takde rugi pun janji u olls buat la, bukan goyang kaki kalau macamtu bukan rugi tapi u olls dapat hasil pun dari goyang kaki la. Kalau tidak mahu rugi u olls perlu berusaha keras untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan yang diusahakan.

Ikut langkah orang yang Berjaya
Jadikan kejayaan orang lain sebagai kayu pengukur untuk u olls berjaya. Secara tidak langsung ia menyuntik semangat kepada diri u olls untuk berjaya. Paling penting elakkan sikap “hangat-hangat taik ayam” kerana ia pasti akan membuatkan u olls kecundang dalam dunia perniagaan.
  
Love,               
AidaRashid    
013-9500953 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...