Monday, June 4, 2012

~ 10 Tabiat Diet Perlu Ditinggalkan ~

Aida nak share something ngan u olls dengan apa yang telah aida baca baru-baru ni, kita semua memiliki tabiat buruk masing-masing terutama ketika makan. Ade yang suka makan tergesa-gesa dan ade juga yang suka makan berulamkan air. Tabiat buruk ni bukan sahaja memudaratkan kesihatan u olls malah u olls akan rasa kurang bermaya malah gagal untuk menjaga bentuk badan yang ideal. Kat sini NONA ade membongkarkan 10 tabiat diet yang perlu ditinggalkan agar tubuh u olls kekal fit dan sentiasa sihat.

1. Makan Buah Selepas Hidangan Berat

 Lazimnya kita mendapati buah-buahan dihidang sebagai pencuci mulut. Tabiat ini menurut buku Cara Makan Rasulullah S.A.W karya Prof. Dr. Abdul Basith Muhammad As-Sayyid adalah kurang pintar kerana kita digalakkan untuk makan buah-buahan sebelum menjamah nasi. Malah baginda juga melarang tabiat memakan buah bercampur susu (koktel).

2. Makan Makanan Darat dan Laut Serentak

 Apabila makanan terhidang di meja, aneka lauk pauk yang menusuk kalbu. U olls dah ambik seketul ayam tapi tak tahan godaan ikan bakar kegemaran. Last-last makan je la kedua-duanya!!! Ilmuan ade menyatakan bahawa daging ayam mengandungi ion positif manakala ikan pula mengandungi ion positif. Gabungan 2 jenis ion yang berlawanan ini boleh merosakkan usus.

3. Makan Tanpa Sedar 

Hati tertanya-tanya nape la sukar sangat nak turunkan berat badan? puas mencuba pelbagai program diet tapi hasilnya? Hampa...... Cuba kaji tabiat makan u olls..
agak-agaknya u olls suka tak memandu sambil makan coklat, menyudu ais krim pencuci mulut suami ataupun anak, pastu tak tambah lagi ngan amalan suka menghabiskan sisa lauk pauk atau makanan anak-anak.

4. Tidak Jujur Nilai Kalori

U olls tahu nilai kalori sebiji burger sangat tinggi, tapi masih ramai yang tak kisah malah pesan lagi air coke untuk memuaskan selera. Yup ramai yang tak jujur tentang nilai kalori sebenar yang diambil. Kita fikir kalori yang tinggi boleh dihapuskan dengan aktiviti membeli-belah atau berjalan kaki! Tidak....U olls perlu berjalan sekurang-kurangnya 30 minit hanya untuk membakar 150 kalori.

5. Makanan Segera

Masa memburu u olls? U olls tak sempat nak untuk memasak dan jalan pintas adalah beli makanan segera. Tabiat makan di restoran makanan segera kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup warga kota kerana terlalu sibuk. Tahukah u olls ini bakal menyumbat tubuh dengan aneka bahan pengawet, pemanis dan pewarna tiruan serta letupan kalori yang cukup tinggi. 

6. Tidak Merancang Pemakanan

Amat mudah untuk makan berlebihan jika u olls tergesa-gesa untuk ke tugasan seterusnya. Bersarapan ala kadar atau tinggalkan makan malam kerana sibuk bermesyuarat. Kasihan tubuh u olls!!! Ingat bila tenaga kurang, prestasi mudah terjejas. Jadi paling bijak, tuliskan pelan diet u olls dan sasaran senaman dalam diari serta disiplin  terhadapnya.

7. Alasan Demi Alasan

Sedar atau tidak sentiasa mencipta pelbagai alasan walaupun menyedari mengamalkan pengambilan diet yang tidak seimbang. Kita sering mengatakan kita wajar memakan ais krim kegemaran setelah seharian bekerja, makan lewat malam kerana sukar tido dan boleh makan banyak sebagai hadiah apabila mencapai sesuatu yang diimpikan.

8. Ikut Mood

Ramai yang memilih untuk makan atau berpuasa apabila mengalami hari yang kurang gembira atau mood tidak menentu. Ini mendorong situasi overindulging yang boleh membuatkan u olls berasa selesa apabila makan makanan tertentu tapi bakal mengundang masalah kesihatan dalam jangka waktu panjang.

9. Ingin Cepat Kurus

Di pasaran kini terdapat pelbagai program diet menguruskan badan yang menjanjikan keputusan yang pantas. Kita lazimnya menjadi mangsa fad diet yang ekstrem, terburu-buru menahan lapar, mengikut nasihat pakar diet Hollywood yang menyeksa serta bermacam-macam do's & don'ts yang pada akhirnya akan mendorong kita makan lebih banyak apabila gagal mendapatkan keputusan yang diidamkan.

10. Muntah Apabila Kekenyangan

Di atas rasa bersalah kerana melanggar pantang diet, ramai wanita sanggup berlari ke tandas untuk memuntahkan semua isi perut yang membuatkan u olls kenyang. Tabiat ini sememangnya popular di kalangan wanita muda yang mementingkan penampilan langsing. Akibatnya mendorong seseorang itu berlapar dan membuat fikiran kurang cergas.

Tu je yang dapat aida kongsi, that's why bila ade my friends yang nak diet aida akan cakap wat aper nak diet-diet ni semata-mata nak kurus better pakai je Premium Beautiful (PB). Sihat dapat cantek pun dapat!!! Nak tau why u must choose PB, nanti aida akan kongsikan ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...