Wednesday, January 11, 2012

~ Rumah Kasih Harmoni ~

Ahad lepas we olls ke Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh. Ni 1st time aida melibatkan diri ngan program macamni. Alhamdulillah setelah buat bizz ni selain dapat bantu family dapat la jugak bantu masyarat. Sampai-sampai je berebut-rebut anak-anak yatim ni nak bersalam, excited sangat terima tetamu yang datang, sayu je hati ni tengok sebab majoriti masih sekolah rendah.


Umur macamni kalau ikutkan still perlukan family untuk meneruskan kehidupan but adik-adik ni sudah pandai berdikari dan mereka jugak memang peramah

 Manja dan sopan anak-anak kat sini

 we olls dibawa kes surau untuk sesi briefing dan penyampaian sumbangan daripada group kecil daripada B32

 Sumbangan yang disampaikan oleh CDM Raz dan CDM Hanis Haizi kepada Encik Jamal selaku penjaga kanak-kanak di situ

 sesi seterusnya makan-makan, bukan selalu kanak-kanak ni dapat makan KFC. Nampak muka teruja bila nampak plastik KFC. Ya Allah beruntung sangat kita masih dikurniakan kedua orang tua. Apa yang kita nak makan, pakai semua tersedia. 

Nampak keceriaan terpancar di wajah anak-anak yatim ni, siap bermain teka-teki lagi.

Before balik sempat bergambar dengan sebahagian anak-anak yatim di Rumah Kasih Harmoni. Tak puas bermesra dan bermanja ngan diorang sebab kesuntukan waktu. Lain kali kita berjumpa lagi k.
Sayang Korang!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...