Saturday, August 13, 2011

~ 5 BONUS KHAS RAMADHAN ~

HA U OLLS JGN INGAT 2 BONUS YANG AIDA DPT TU JE, BULAN RAMADHAN PUN ADE BONUS....JOM KITA BACA SKIT.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
”Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

BONUS 1
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.

BONUS 2
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

BONUS 3
"Allah memperindahkan syurga-NYA setiap hari dan berfirman:
”Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.”(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).

BONUS 4
Syaitan-syaitan dibelenggu,tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

BONUS 5
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).”
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w:
”Ya Rasulullah,apakah apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?”
Baginda manjawab: ”Bukan,tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.” (Riwayat Ahmad)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...