Sunday, May 15, 2011

~Wahai Kaum Wanita~

PELIHARALAH BENTUK BADAN ANDA

U olls tau tak.....
Penjagaan bentuk badan adalah faktor yang penting bagi kedua-dua jantina. Namun, ia adalah faktor yang paling penting bagi kaum wanita mcm kita ni. 
Pada umumnya, bentuk badan yang abnormal adalah disebabkan oleh gaya hidup dan amalan-amalan yang tidak sihat. Kat sini aida nak share beberapa cara untuk 
mengekalkan bentuk badan yang sihat dan seimbang:
 
 1. JANGAN MENAHAN LAPAR
Adalah benar untuk mengurangkan kuantiti makanan yang diambil sekiranya u olls ingin mengurangkan berat badan. Namun, adalah jauh lebih baik sekiranya u olls mengawal apa yang u olls makan daripada mengalami kelaparan  kerana ia akan menggalakkan u olls untuk makan makanan yang lebih manis tul kan???
 

2. JANGAN MAKAN SECARA BERLEBIHAN
Ramai orang berasa kenyang apabila abdomen mengalami pengembungan. Ini adalah tanda bahaya yang menunjukkan u olls makan terlalu banyak di mana ia akan mengakibatkan bentuk badan yang gempal dan keadaan yang tidak sihat.

 
3. AMALKAN GAYA PEMAKANAN YANG SIHAT
Kanji dan lemak yang berlebihan membawa kesan negatif terhadap bentuk badan dan kesihatan. Namun, ini tidak bermakna u olls harus memberhentikan pengambilan kanji serta lemak dan mengambil sayur-sayuran sahaja. 
Diet seimbang yang mengandungi daging, kanji, sayur-sayuran, buah-buahan dan air akan membantu u olls mengekalkan bentuk badan yang seimbang dan menarik.
Selain itu, u olls juga dinasihatkan supaya mengelak dari mengambil makanan ringan dan minuman manis.
 
4. BERSARAPAN
Sarapan adalah penting sekiranya u olls tidak mahu penambahan berat badan berlaku. Pelbagai kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa mereka yang bersarapan secara konsisten pastinya dapat mengekalkan bentuk badan kerana ia mengurangkan selera makan sepanjang hari. 
 

5. MENGAMALKAN MAKAN MALAM YANG RINGAN
Elakkan pengambilan kanji dan lemak yang berlebihan ketika makan malam. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat mengurangkan pengambilan kedua-duanya dan mengamalkan makan malam yang ringan.
 
6. MINUM SEKURANG-KURANGNYA LAPAN HINGGA SEPULUH GELAS AIR SEHARI
U olls tidak perlu mencari minuman atau air soda yang mahal kerana pilihan terbaik ialah air kosong yang bersih. Minum sekurang- kurangnya 8-10 gelas air kosong sehari  untuk menggantikan air yang hilang melalui badan
.
 
 
7. SELALU BERSENAM
Lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat membantu mengekalkan badan yang cergas dan bentuk badan yang seimbang. Contohnya bagi mereka yang bekerja di pejabat, gunakan tangga dan bukannya lif, berjalan-jalan di sekeliling bangunan tempat kerja atau bersenam semasa waktu rehat tengah hari. 
Bagi kanak-kanak pula, mereka boleh meluangkan masa 60 minit sehari untuk melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, u olls boleh mengurangkan masa menonton televisyen dan sebaliknya meningkatkan penglibatan keluarga dengan kerap untuk beriadah dan bersukan.
 
 
8. DAPATKAN MASA REHAT YANG CUKUP
Masa rehat yang terlampau pendek adalah tidak baik untuk kesihatan dan bentuk badan u olls. U olls akan mendapati bahawa bentuk badan berkecenderungan untuk menjadi gemuk apabila masa rehat u olls tidak mencukupi. 
Maka, u olls digalakkan untuk mendapatkan masa rehat yang secukupnya demi bentuk badan yang seimbang. 


9. PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL
Pemakaian pakaian dalam Premium Beautiful mampu memberikan keseimbangan kesihatan serta membentuk tubuh badan wanita yang cantik dan menarik.
 
 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...