Tuesday, May 3, 2011

~Penyakit Si Gemuk~

Gemuk itu sihat? Mungkin ya mungkin tidak.
Benar jika gemuk dianggap sebagai dipenuhi dengan gizi dibanding dengan seseorang yang kurus kering. Tapi pendapat ini boleh menjadi salah bila gemuk yang berlebihan, hingga menjadi kegemukan atau lazim pula disebut obesiti.

Kenapa? Kerana orang yang mengidap obesiti biasanya mengalami peningkatan risiko diserang pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan. Ini antara risiko yang mungkin dihidap oleh org yang berbadan besar :


1. GANGGUAN JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH   
Obesiti merupakan penyebab terjadinya penyakit jantung dan pembuluh darah (kardiovaskuler). Obesiti menyebabkan peningkatan beban kerja jantung kerana dengan bertambah besar tubuh seseorang maka jantung harus bekerja lebih keras mengepamkan darah ke seluruh jaringan tubuh. Bila jantung terlampau kuat digunakan maka menyebabkan jantung gagal berfungsi. Tanda-tandanya adalah sesak nafas dan timbulnya bengkak.

Pengidap obesiti juga sering mengalami tekanan darah tinggi (hipertensi) kerana pembuluh darah menyempit akibat timbunan lemak. Kombinasi obesiti dan hipertensi ini tentu membebankan kerja jantung. Akibatnya, timbul penebalan pada dinding bilik jantung disertai kekurangan oksigen. Keadaan ini akan MEMPERCEPAT timbulnya jantung gagl berfungsi.


2. GANGGUAN FUNGSI PARU-PARU

Lagi-lagi timbunan lemak menjadi penyebab masalah. Pada pengidap obesiti, timbunan ini dapat menekan saluran pernafasan. Ini boleh menyebabkan terjadinya nafas terhenti ketika tidor (sleep apnea)dan lama-lama menyebabkan jantung gagal berfungsi serta menyebabkan kematian.

3. MENYEBABKAN DIABETES DAN PENINGKATAN KOLESTEROL   
Obesiti dapat menyebabkan terjadinya penyakit kencing Manis (diabetes melitus). Ini disebabkan timbulnya gangguan fungsi insulin pada pengidapnya.
Insulin adalah salah satu hormon yang dikeluarkan oleh tubuh. Fungsinya antara lain, memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh untuk digunakan sebagai sumber tenaga. Akibat gangguan fungsi insulin, gula tidak dapat masuk ke dalam sel, ini dapat diketahui dari peningkatan kadar gula dalam darah.

Gangguan fungsi insulin ternyata juga mengakibatkan gangguan metabolisme lemak ( dislipidempia). Ini dapat dilihat daripaad peningkatan jumlah kadar kolesterol , kolesterol LDL (kolesterol jahat),trigliserinda, namun disertai penurunan kolesterol HDL (kolesterol baik).

Peningkatan kadar kolesterol jahat disertai penurunan kadar kolesterol berujung terbentuknya kerak dalam pembuluh darah (arterosklerosis). Arterosklerosis akan memperkecil diameter pembuluh darah sehingga menyebabkan penyakit jantung koroner dan serangan stroke. 

4. GANGGUAN SISTEM HORMON  
Obesitas ternyata juga mempengaruhi sistem hormon dalam tubuh. Bagi remaja perempuan, obesiti menyebabkan haid pertama (menarkhe) datang lebih awal. Pada wanita dewasa, obesiti menyebabkan gangguan keseimbangan hormon (hiperandrogenisme, hirsutisme) dan gangguan siklus menstruasi. Hiperandrogenisme bererti jumlah hormon androgen (lelaki) meningkat. Akibatnya terjadi hirsutisme (tanda maskulinasi). Misalnya jerawat, pertumbuhan bulu-bulu di wajah dan badan, bahkan mungkin perubahan suara menjadi kasar seperti suara lelaki. Pada wanita, obesiti juga meningkatkan risiko timbulnya batu hempedu. Ini terjadi karena cairan hempedu menjadi lebih kental.

5. MENINGKATAKAN RESIKO PENYAKIT GANAS
Hasil penelitian menunjukkan, pada wanita yang sudah mengalami menopause, obesiti meningkatkan risiko timbulnya kanser rahim (endometrium) dan kanser payudara. Sedangkan pada lelaki, kegemukan dapat meningkatkan risiko diserang kanser prostat dan kanser usus besar (kolorektal).

6. GANGGUAN PSIKOLOGI
 
Orang dengan obesiti juga seringkali mengalami gangguan psikologi berupa rasa rendah diri, kemurungan. Lebih2 lagi di persekitaran memulaukannya atau mengejek2nya.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...