Friday, May 27, 2011

~Mana Satu Bentuk Badan U Olls~

Ramai individu yang bercita-cita ingin mendapatkan bentuk badan seperti idola mereka. Jika u olls merupakan sebahagian daripada mereka, pastikan u olls membaca dan memahami sepenuhnya bahagian ini. Jika tidak… usaha u olls akan menjadi sia-sia sahaja.

Kenapa aida mengingatkan sebegitu? Untuk pengetahuan u olls, tubuh u olls dibentuk melalui kombinasi lemak yang terdapat di dalam badan u olls, otot-otot serta rangka yang terhasil daripada tulang u olls.

Sebagai contoh, bentuk rangka u olls akan memainkan peranan bagi menentukan saiz pinggang. Walaupun u olls seorang yang ‘fit’ serta mempunyai lemak badan sekitar 10% sahaja, u olls mungkin tidak akan memperolehi 30 inci ukur lilit dibahagian pinggang tersebut.

Ia bergantung sepenuhnya kepada saiz rangka (pelvis) u olls. Jika ukur lilit disekitar tulang pelvis u olls sendiri adalah 30 inci, agak mustahil untuk u olls mendapat 30 inci pada lilitan pinggan tersebut.

Ini kerana bahagian tersebut juga mempunyai daging / otot, lemak, kulit dan sebagainya bagi melindungi tulang tersebut.
 
 Rangka manusia

Terdapat pelbagai serta berpuluh variasi bentuk badan manusia. Tetapi bagi lelaki biasanya dapat dikategorikanya kepada 3 jenis manakala bagi perempuan 4 jenis bentuk badan. Dengan memahami kategori dan bentuk badan ini u olls dapat menetapkan sasaran yang realistik bagi membayangkan kelangsingan serta bentuk tubuh u olls.
 
Kategori & Bentuk Badan Lelaki Kategori & Bentuk Badan Perempuan
Endomorph Hourglass
Mesomorph Banana / Straight
Ectomorph Pearl / Bell

Apple / Triangle
 
Kebanyakkan individu mungkin mempunyai lebih dari 1 bentuk badan contohnya seperti Endomorph dan Mesomorph. Tetapi jika anda amati betul-betul bentuk badan anda, anda akan dapati ia lebih cenderung kepada satu bentuk.

Kategori dan Bentuk
Jadi di sini jelas sekali, u olls tidak boleh mendapat bentuk badan seperti idola u olls jika bentuk tubuh u olls tidak sama. Selain itu, bentuk-bentuk badan individu ini juga amat memainkan peranan yang penting bagi membantu mengurangkan lemak. Walau pun kegemukan u olls tadi disebabkan masalah semula jadi (gen dari keluarga), tetapi adalah tidak mustahil bagi u olls untuk mengurangkan berat badan.


Jadi bentuk badan yang mana lebih sempurna? Bagi lelaki majoriti akan mengatakan mereka ingin mendapatkan bentuk badan jenis ‘Mesomorph’. Tetapi bagi perempuan banyak yang ingin kelihatan seperti model ataupun jenis ‘Straight’. Bagaimana pun satu tinjauan pandapat yang telah dilakukan oleh FabulousMag di United Kingdom, lelaki lebih sukakan pasangan mereka mempunyai bentuk yang ‘curvy’ seperti bentuk badan jenis ‘Hourglass’ ataupun ‘Pear / Bell’.


Tidak kira walau apa pun bentuk badan u olls, apa yang paling penting di sini adalah dengan mengurangkan jumlah lemak dibadan u olls, u olls akan kelihatan menarik. U olls tidak lagi perlu menumpukan untuk menghilangkan lemak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Jika bentuk dan struktur tubuh u olls memang telah ditentukan cenderung kepada bentuk tertentu u olls pasti tidak dapat mengubahnya.
Dengan pemakaian korset Premium Beautiful yang betul u olls pasti dapat mengurangkan pengurangan lemak yang lebih seragam dan semulajadi. U olls juga boleh melakukan aktiviti fizikal yang lain bagi membantu mempercepatkan penurunan berat badan u olls. Kami percaya orang-orang disekeliling anda akan mula kagum serta memuji perubahan yang berlaku pada diri u olls.

Selain itu, dengan adanya bentuk badan yang baru ini, u olls dapat melakukan segala aktiviti harian u olls dengan lebih akif dan cergas serta kesihatan u olls pula pasti akan bertambah baik.

So dari sekarang la u olls perlu jaga badan supaya bila raya nanti semua org terpegun melihat u olls......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...