Tuesday, May 17, 2011

~Kahwin Lambat?~

Info ni aida nak share ngan u olls pas baca majalah HARMONI baru2 ni......
Fenomena wanita lambat kawin adalah perkara biasa dalam dunia moden hari ini. Di mana-mana negara maju dan pesat membangun seperti Malaysia, fenomena ini dianggap perkara normal sejajar dengan perubahan zaman. Jika dulu ia dilihat sebagai sesuatu yang tabu dan memalukan. Tapi sekarang sudah diterima positif oleh masyarakat moden hari ini.

FAKTOR-FAKTOR KAWIN LAMBAT 

Pendidikan 
Perubahan nilai sosial dalam bidang pendidikan ini antara faktor yang mempengaruhi pembabitan wanita sama ada utk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak hairanlah sekiranya dalam lingkungan 24 hingga 30 tahun golongan ini masih belum menamatkan pengajian mereka. Pendidikan sehingga lewat usia ini memberikan sedikit kelebihan kepada mereka utk menilai sesuatu perkara selain bertujuan mematangkan diri.
Pendidikan yang sempurna juga dapat membantu para feminis ini utk melengkapkan ilmu dunia dan juga akhirat. Oleh itu, tiada paksaan utk mereka menuntut ilmu walaupun sudah di lewat usia.

Kerjaya
 Menurut Pensyarah dr KUIS, faktor kerjaya juga boleh  dikatakan antara sebab mengapa wanita lambat berkahwin. Walaupun ia bukanlah bermakna wanita terlalu taasub dengan kerjaya yang dimiliki, tetapi dlm situasi ini kebanyakan wanita tidak pula menganggap perkahwinan sbg cita2 yang perlu dipenuhi terlebih dahulu  berbanding perkara lain termasuk soal kerjaya.
Ini bermakna apabila sudah menamatkan pengajian peringkat tinggi, tibalah masanya utk menceburkan diri dlm sektor pekerjaan dan memegang jawatan yg lebih kukuh. Ia sekaligus menggalakkan lg fenomena lewat kahwin di kalangan wanita berkerjaya.

Tanggungjawab 
Faktor bekerja juga menuntut golongan ini utk memikul tanggungjawab keluarga bg meringankan beban ibubapa mereka utk menyara ahli keluarga yang lain. Tujuan mereka adalah ingin mengambil alih tugas ibubapa yg telah sekian lama memikul tugas tersebut.
Ia biasanya kerap berlaku di kalangan wanita yg datang dari keluarga kurang berkemampuan. Perkara tersebut menuntut mereka utk bekerja sehingga bertemu di jodoh di usia yg lewat.

PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Sabda Rasulullah, maksudnya : " Wahai sekalian pemuda (pemudi)! Sesiapa di kalangan kamu hari ini sudah mampu untuk berkahwin, maka hendaklah berkahwin, kerana yang demikian itu mampu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan." (Hadis Riwayat Mottafaq' Alaih).

Dalil di atas menunjukkan betapa pentingnya perkahwinan itu, tetapi sebagai manusia kita tidak dapat menafikan ketentuan Allah terhadap kehidupan setiap manusia.

Di antara faktor yang disebutkan di atas td, golongan hawa mempunyai hak ke atas diri sendiri dalam membina perkahwinan tidak mengira usia mereka. Apa yang penting, merasakan diri mereka sudah mempunyai persediaan untuk ke alam baru yakni perkahwinan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...