Thursday, April 7, 2011

~Premium Beautiful - Sakit Belakang~

Sakit Belakang 
Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

Sebab-sebab: 
Terdapat banyak sebab-sebab Sakit Belakang. 75% kes sakit belakang tidak dapat dipastikan punca sebenarnya. Manakala 25% kes ini berkemungkinan disebabkan oleh:
  • Otot
    • Otot tergeliat
    • Otot terkoyak disebabkan kecederaan sukan
    • Otot letih
  • Tulang
    • Ruas tulang belakang yang terkeluar atau pecah
    • Pecah tulang belakang
    • Tulang yang cacat
    • Kanse tulang
  • Lain-lain
    • Kedudukan badan yang tidak betul
    • Penyakit Radang Pelvic (PID)
    • Pembesaran atau kanser dalam rongga pelvis
    • Penyakit batu karang
    • Psikologi
      • Berkaitan dengan stress
Jgn sampai kritikal mcmni

 Mcmni lagi la....aduiiii

Tanda & Gejala
Bila perlu berjumpa doktor?
  • Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
  • Otot-otot kaki yang lemah atau lumpuh sepenuhnya
  • Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
  • Rasa sakit yang menusuk
  • Pergerakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian terbatas.
  • Apabila adanya gejala-gejala yang berkaitan seperti :-
    • Fever (demam)
    • Sakit di bahagian perut
    • Rasa sakit semasa membuang air kecil atau air besar.
    • Sakit kepala
    • Berkaitan dengan haid
Komplikasi
Bergantung kepada sebab dan puncanya, sakit belakang yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi :-
  • Lemah atau lumpuh otot-otot kaki
  • Kecacatan kekal
  • Kanser yang tidak dapat dikesan
Sekiranya sakit belakang berpunca daripada organ dalaman seperti PID atau sebarang organ dalaman yang berkaitan sakitpuan, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan ketidaksuburan dan komplikasi lain. 

Rawatan
Sakit belakang yang biasa boleh dihilangkan menerusi :
    • Rehat yang cukup
    • Regangan pada bahagian belakang
    • Fisioterapi
    • Menggunakan ubat sapu
    • Ubat anti inflamasi tanpa steroid
Rawat penyebab sebenar sakit belakang seperti PID dan UTI

Pencegahan
  • Amalkan postur (kedudukan badan) yang betul ketika duduk, berdiri dan mengangkat berat 
  • Berehat untuk meregangkan belakang badan
  • Elakkan kecederaan pada bahagian belakang badan
  • Lakukan pemeriksaan kesihatan yang berkala, seperti Pap’s Smear untuk mengesan Kanser Serviks
  • Kekalkan berat badan unggul (nisbah berat dan tinggi).
  • Sekiranya anda telah menopos, dapatkan kalsium yang cukup dan nutrisi yang lain untuk mencegah osteoporosis.
  • Kekalkan cara hidup yang sihat
So senang je taknak sakit belakang ikut mcm cara aida, aida pn ade masalah tulang belakang, takkan setiap masa kt nak tegakkan badan. Kadang2 secara automatik akan jd. bongkok.

Tapi pas pakai corset Premium Beautiful, alhamdulillah aida tak perlu nak tegakkan badan lg, secara semulajadi kedudukan postur badan akan betul. Tapi u olls kena ingat sakit tulang belakang ni bukan perkara main2 tau. 
Once bila u olls dh kena mmg susah la, lg byk kena keluarkan duit utk rawatan. So cegah before u olls kena k.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...