Sunday, April 17, 2011

~Kanser Usus~

Aida ade baca pasal kanser usus, so kat sini nak share ngan u olls semua tentang info tu. Sebab selama ni kita byk didedahkan dengan kanser2 yang lain. So jom kita baca info sihat ni......


APA ITU KANSER USUS?
Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada peringkat awal.

BERAPA RAMAIKAH PENGHIDAP KANSER USUS?
Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia.

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGHADAPI KANSER?
Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika anda berusia lima puluh tahun ke atas. Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
  • mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
  • pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih daripada lapan tahun.

TANDA-TANDA KANSER USUS 
Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
  • Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar. 
  • Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa. 
  • Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Sakit perut.
  • Berat badan turun tanpa sebab yang nyata. 
  • Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah lebih baik.


 TAHUKAH ANDA? 

PENGAMBILAN LACTO-LITE BOLEH MENCEGAH / MENGELAK DARIPADA KANSER USUS.
 MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.

So saper2 yang nak leh 
contact aida
013-9500953

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...