Monday, February 21, 2011

~Tips Pemakaian Premium Beautiful Corset~

 Sorry u all aida lmbt update....ader team building. Nanti aida share skit pengalaman gy team building k. But now kat sini nak kongsi skit perkara ngan u all about PB.....

Premium Beautiful (PB) ni bukan sebarangan corset tau ia tak sama dengan corset lain di pasaran. 

So, ada beberapa perkara mcm tips la lebih kurang yang perlu anda ingat dan ikut masa memakai PB. Terutama kalau anda first time pakai lah kan. 

 Panty & Bra

  • Jangan pakai panty & bra masa pakai Premium Beautiful. Sebab Premium Beautiful ini akan bertindak sebagai pengganti seluar dalam dan bra kita yang kita biasa pakai hari-hari tu.
  • Pakai hanya Premium Beautiful untuk mendapat lebih kebaikan FIR (direct contact of FIR fabric dalam Premium Beautiful dengan kulit).

Minimum 8 Jam Sehari

  • Pakai Premium Beautiful minimum 8 jam sehari. Tapi kalau lebih dari 8 jam pun sangat digalakkan. Kalau nak cepatkan proses pengecilan/penurunan saiz badan, boleh pakai hingga 20 jam. Tidak ada kesan buruk kalau pakai lebih 8 jam, malah adalah lebih baik.
  • Macam I pakai time kerja sahaja dalam 11 jam (5 kali seminggu). Minimum 8 jam tu untuk full set yet. Malam boleh pangkai waist nipper masa tidur. Cepat kesannya tau kat perut!

Masa ke Tandas

  • Kalau ke tandas, untuk lebih mudah dan pantas membuang, just lipat waist nipper . Lepas tu turunkan long girdle (macam biasa kita buat dengan seluar dalam). Dan membuanglah macam biasa…he..he. Then bila pakai biarkan long girdle duk atas waist nipper. Nk ke toilet lg dh takde masalah.
  • Mula-mula akan rasa agak kekok tapi lama-lama pakai PB masa pergi toilet perkara biasa sahaja.

Masa Haid/Period

  • Kalau masa haid/period, boleh pakai seluar dalam/panty untuk senang pakai pad. So, masa period pun mesti pakai Premium Beautiful ni okey.
  • Ia boleh kurangkan senggugut. Mcm i la yg senggugut. Dh pakai alhamdulillah kurang sakit.

Drink 8 Glasses of Water

  • Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari semasa pakai Premium Beautiful. FIR dalam Premium Beautiful memerlukan air yang cukup dalam badan kita untuk bertindak.
  • Kalau tiba-tiba terasa kepeningan semasa pakai Premium Beatiful, cepat-cepat minum air.

Krisis Penyembuhan

  • Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah normal dan sementara. Ini menandakan badan sedang mengeluarkan toksid. Sakit kepala, pening, gatal dan sakit belakang adalah perkara biasa bagi pengguna Premium Beautiful kali pertama. Bersabar dan teruskan memakai PB.

Masa Basuh

  • Basuh ikut instinct hygenic anda. Maknanya kalau anda rasa Premium Beautiful masih bersih dan tidak berbau boleh teruskan pakai. Tapi kalau Premium Beautiful mula berbau atau gatal itu petanda time basuh sudah tiba!
  • I basuh long girdle setiap hari (basuh malam dan sidai bawah kipas – cepat kering), long bra 2-3 hari sekali dan waist nipper seminggu sekali (sebab nipper tak kena direct contact dengan kulit).

Cara Basuh

  • Basuh Premium Beautiful dengan cucian tangan sahaja. Elakkan memerah/memintal dengan kuat.
  • Masukkan separuh air bersih dalam baldi dan campur sedikit Premium Beautiful Wash atau apa-apa jenis liquid detergen yang lembut (jangan guna sabun serbuk). Kemudian celup dan basuh PB dengan dengan tangan.
  • Bilas Premium Beautiful hingga bersih dan sangkut pada penyidai dalam bilik air supaya air basuhan PB menitik dan kering. Boleh juga keringkan PB dengan tuala bersih.
  • Bila air tidak menitik lagi, boleh sidai Premium Beautiful dalam bilik bawah kipas.
  • Premium Beautiful akan kering dalam masa 4-6 jam so masa terbaik untuk basuh ialah masa balik dari kerja. Esoknya boleh pakai lagi.

Pantang Larang

  • Jangan basuh Premium Beautiful dengan mesin basuh atau memerah dengan kuat.
  • Jangan iron atau dry clean.
  • Jangan jemur bawah direct sunlight (cahaya matahari).
  • Jangan basuh dengan sabun serbuk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...